PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara

July 22, 2026 · Isu semasa

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menggantung sementara tauliah mengajar agama semua ahli politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan institusi agama kekal berkecuali.

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah berkata keputusan itu dibuat susulan ketetapan Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan berkuat kuasa mulai 18 Julai sehingga notis baharu dikeluarkan.

“Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan supaya semua aktiviti pengajaran dan penyampaian ceramah agama oleh pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan di kalangan ahli politik atau calon PRN ke-16 digantung sementara sepanjang tempoh rasmi kempen pilihan raya bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Penggantungan ini berkuat kuasa mulai 18 Julai 2026 sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya menerusi pekeliling bertarikh 20 Julai yang diedarkan kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau solat Jumaat dan surau di negeri itu.

Beliau turut mengingatkan kegagalan mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Faudzinaim Badaruddin berkata langkah tersebut diambil bagi menjaga kesucian institusi agama dan mengelakkan premis agama digunakan untuk kepentingan politik sepanjang kempen pilihan raya.

“Penggantungan ini dibuat sebagai langkah menjaga kesucian agama, memelihara keharmonian masyarakat serta mengelakkan masjid, surau dan mana-mana premis pengajaran agama dijadikan medium yang boleh menimbulkan persepsi berpihak kepada mana-mana parti atau calon bertanding,” katanya.

Beliau turut mengedarkan senarai nama ahli politik dan calon PRN Negeri Sembilan ke-16 yang terlibat dengan penggantungan sementara tauliah mengajar agama.

Antara yang tersenarai ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad, selain calon DUN Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa dan calon DUN Pertang, Mohd Umry Abdul Khois.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri.

Sepanjang tempoh kempen, pihak berkuasa agama negeri lazimnya mengeluarkan garis panduan bagi memastikan masjid, surau dan institusi agama tidak digunakan sebagai platform berkempen atau membawa mesej yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

 

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu· Politik
‘Kempen tanpa Zahid’ mula jadi naratif dalam UMNO, formula terbaik kemenangan?
August 6, 2026· Politik
PRN N9: SPR sahkan kemenangan BN
August 1, 2026· Isu semasa
PH persoal pengundi bawa slip berlogo BN dalam pusat mengundi
August 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok