PRN NS: Polis siasat dua lagi kes disyaki langgar undang-undang pilihan raya

July 21, 2026 · Isu semasa

Polis Negeri Sembilan membuka dua lagi kertas siasatan membabitkan kesalahan pilihan raya, menjadikan keseluruhan tujuh laporan diterima sepanjang tiga hari pertama tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata dua kes terbaharu itu disiasat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.

“Setakat ini, polis menerima tujuh laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan daripada jumlah itu, dua lagi kertas siasatan dibuka hari ini.

“Kita memandang serius setiap aduan yang diterima dan siasatan dijalankan secara adil tanpa mengira pihak terlibat,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, kesemua laporan yang diterima membabitkan pelbagai dakwaan kesalahan sepanjang kempen PRN, termasuk tindakan yang dipercayai melanggar peraturan pilihan raya.

Alzafny turut mengingatkan semua parti politik, calon serta penyokong supaya mematuhi undang-undang dan syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen.

“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan. Semua pihak perlu memastikan kempen berjalan secara aman, berhemah dan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan provokasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mencetuskan ketegangan sepanjang proses pilihan raya.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan sengit antara gabungan parti utama dengan kempen yang berlangsung di seluruh 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sejak hari penamaan calon, pihak polis meningkatkan pemantauan bagi memastikan perjalanan kempen berlangsung dalam keadaan terkawal serta keselamatan awam terus terpelihara.

Berita berkaitan
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
July 27, 2026· Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
July 27, 2026· Politik
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
July 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
2 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok