PRN Sabah: Lebih 1,140 permit ceramah diluluskan, situasi tenang

November 20, 2025 · Politik

Pihak polis telah meluluskan sebanyak 1,140 permit untuk ceramah dan kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, memaklumkan semua permohonan permit perlu dibuat secara harian dan bukan secara serentak.

“Ini bagi memudahkan pemantauan keselamatan, terutamanya sekiranya berlaku sebarang pertukaran tempat atau waktu yang tidak dijangka,” katanya selepas lawatan kerja ke Balai Polis Tambisan, Balai Polis Desa Kencana, Balai Polis Cenderawasih dan Balai Polis Tungku.

Menurut Jauteh, situasi keselamatan setakat ini terkawal dengan 17 laporan polis telah direkodkan, namun tiada insiden serius yang berlaku.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua calon dan petugas kempen.

“Kami merakamkan penghargaan kepada semua calon dan petugas kempen atas kerjasama serta tahap profesionalisme yang tinggi,” ujarnya lagi.

Jauteh turut menekankan pentingnya integriti pasukan keselamatan dan enasihati semua pegawai dan anggotanya agar sentiasa bersikap neutral.

“Pegawai dan anggota polis mesti mengekalkan sikap neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik sepanjang tempoh pilihan raya ini,” tegasnya.

Lawatan beliau itu bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan unit-unit di bawahnya dalam menangani sebarang kemungkinan bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah pada 29 November, manakala pengundian awal pula pada 25 November.

Sebanyak 1,784,843 pengundi berdaftar akan mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Berita berkaitan
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
14 jam lalu· Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
14 jam lalu· Politik
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
9 jam lalu · Politik
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
11 jam lalu · Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
16 jam lalu · Politik
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
18 jam lalu · Politik
Jangan angkuh, UMNO perlu sedar kedudukan sendiri
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok