PRN Sabah: Shafie dakwa dana besar digunakan untuk hentam Warisan

November 24, 2025 · Politik

Shafie Apdal, mendakwa wang awam sebanyak RM8 juta dibelanjakan pihak lawan untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan imej partinya melalui mesej berunsur perkauman.

Presiden Warisan mendakwa dana besar itu disalurkan ke platform seperti TikTok untuk serangan politik khususnya parti lawan dan meningkat apabila menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung.

“Mereka membelanjakan RM8 juta untuk itu. RM8 juta. Tahun lepas, mereka membelanjakan RM2 juta. Dan mereka membelanjakan RM8 juta ringgit untuk … di platform seperti TikTok,”kata Shafie dipetik laporan media Perhimpunan Mega Warisan di Penampang, malam tadi.

“Wang itu boleh dibelanjakan untuk pembangunan. Jangan mainkan isu perkauman,” tambahnya.

Beliau berkata, tujuan serangan tersebut adalah untuk menggambarkan Warisan sebagai parti berasaskan etnik, sedangkan matlamat sebenar parti itu adalah untuk menyatukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Tetapi malangnya, sekarang pun, apa yang kita mahukan adalah pembangunan, kemajuan. Selamatkan Sabah. Tetapi pertama sekali, kita mesti menyatukan rakyat Sabah terlebih dahulu. Itulah yang penting bagi kami,” ujarnya.

Mengenai kerjasama politik, Shafie mengulangi pendirian Warisan tidak akan membentuk sebarang pakatan selepas pilihan raya.

Pengalaman Sabah di bawah pelbagai pakatan sebelum ini dikatakannya gagal membawa perubahan bermakna.

“Saya berharap ia akan mencukupi untuk kita, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan, tetapi juga untuk memastikan kita mempunyai majoriti dua pertiga,” katanya.

Ditanya kemungkinan pakatan selepas hari pengundian jika gagal mendapat majoriti, Shafie menjawab ringkas.

“Kami tidak bercakap tentang itu. Cuma bersikap positif. Rakyat Sabah didahulukan.”

Keyakinan beliau berdasarkan kerja akar umbi parti sejak empat tahun lalu, dan yakin Warisan mampu memperoleh lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini.

Warisan memenangi 29 kerusi dalam pilihan raya negeri pada 2020.

Penduduk Sabah akan mengundi pada 29 November ini.

Berita berkaitan
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan
October 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok