Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah

April 15, 2026 · Politik

Johor tidak mahu terheret dengan polemik politik di peringkat pusat sehingga menjejaskan kestabilan negeri, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Puad Zarkashi.

Menurut Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Teringgi UMNO, cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bukan bermakna kerajaan negeri tidak peka terhadap kesusahan rakyat, sebaliknya bertujuan melindungi momentum positif yang sedang dinikmati Johor.

“Kalau Johor mengadakan PRN lebih awal bukan kerana tidak prihatin dengan beban rakyat, tetapi tidak mahu terpalit dengan masalah orang lain. Biar Johor dengan caranya sendiri membela rakyat,” katanya dipetik laporan media.

Puad turut menyentuh situasi politik semasa di peringkat pusat yang menurutnya semakin tegang, termasuk perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin kerajaan.

“Semua tahu Perdana Menteri menjadi defensif bukan sahaja soal dasar dan janji, tetapi juga konflik dalaman yang semakin ketara,” ujarnya.

Beliau menegaskan langkah mengadakan pilihan raya lebih awal bukan perkara luar biasa kerana ia sebahagian daripada strategi politik bagi memastikan kemenangan dan pembentukan kerajaan yang stabil.

“Tujuan pilihan raya diadakan pada tarikh tertentu adalah taktikal untuk menang. Jika kemenangan itu membawa kepada kerajaan yang lebih stabil dan kuat, apa salahnya PRN diawalkan,” katanya lagi.

Mengimbas kembali PRN Johor pada Mac 2022, Puad berkata keputusan tersebut telah menghasilkan kerajaan negeri yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

“Pelaburan Johor mencecah RM120 bilion pada 2025, manakala hasil negeri meningkat kepada RM2.5 bilion. Semua ini dipulangkan kepada rakyat melalui Bantuan Kasih Johor untuk meringankan beban,” jelasnya.

Beliau berkata, inisiatif Bantuan Kasih Johor kini memasuki fasa keempat dan diperluaskan kepada lebih ramai golongan termasuk suri rumah, penggali kubur serta warga emas.

Pada masa sama, Johor juga menjadi negeri pertama yang memberikan bantuan RM500 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu, termasuk guru, anggota polis, tentera dan jururawat.

Langkah-langkah ini, menurut Puad, menjadi bukti jelas pendekatan Johor memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat sambil memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

Berita berkaitan
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
1 jam lalu· Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
1 jam lalu· Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
2 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
1 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
4 jam lalu · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
4 jam lalu · Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
8 jam lalu · Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok