Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin.
Radzi Jidin menafikan dakwaan kononnya Bersatu bakal kembali menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang sengaja dimainkan semasa sambutan Aidiladha.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Naib Presiden Bersatu itu berkata mengetahui pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan walaupun mereka tidak tampil secara terbuka.
“Fitnah jahat sedang tersebar kononnya BERSATU akan kembali bersama PH. Sedang kita sibuk dengan ibadah korban, mereka sibuk dengan fitnah. Saya tahu siapa pemfitnah ini walaupun mereka bertopeng,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti individu atau pihak yang dimaksudkan serta tidak menjelaskan motif dakwaan itu disebarkan.
Spekulasi mengenai kemungkinan Beratu kembali bekerjasama dengan PH timbul sejak kebelakangan ini susulan dakwaan wujud ketegangan hubungan antara parti itu dengan PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Isu berkenaan mula menjadi perhatian apabila beberapa pihak mendakwa terdapat usaha tertentu untuk membuka semula ruang kerjasama politik antara Bersatu dan PH menjelang perubahan landskap politik semasa.
Namun, dakwaan itu sebelum ini turut dinafikan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz dengan menegaskan isu berhubung kerjasama dengan PH tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
Tun Faisal turut menyifatkan spekulasi tersebut tidak masuk akal memandangkan Bersatu merupakan antara parti utama yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 menerusi Langkah Sheraton pada 2020.
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo
Adakah Bersama akan senasib Pejuang? Aura Rafizi sahaja belum cukup untuk menang PRU
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi