Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal

May 28, 2026 · Politik

Dr Mohamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Pemuda DAP Sosialis (DAPSY) yang menggesa Parlimen dibubarkan susulan cadangan UMNO Johor untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, DAPSY tidak sepatutnya mempersoalkan pendirian UMNO kerana pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) juga bergantung kepada sokongan Barisan Nasional (BN).

“DAPSY mungkin terlupa tanpa sokongan BN belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.

“Jadi jangan sembang soal ‘kacang lupakan kulit’ kerana semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, DAPSY dilaporkan meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pembubaran Parlimen sekiranya UMNO Johor benar-benar mahu bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang.

Sayap pemuda DAP itu turut mendakwa ada pemimpin UMNO yang bersikap “kacang lupakan kulit” kerana melupakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU-15.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dibentuk pada November 2022 selepas tiada gabungan politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan parti-parti politik bekerjasama demi memastikan kestabilan politik negara.

Mengulas lanjut, Akmal berkata UMNO tidak pernah terikat dengan sebarang perjanjian untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam setiap pilihan raya.

“Tak perlulah meroyan bila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut mencabar DAP supaya menarik sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN jika benar-benar mahu menguji kekuatan politik masing-masing.

“Tarik sokongan di Perak, tarik sokongan di Pahang. Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat,” katanya.

Akmal turut mendakwa cadangan supaya UMNO bergerak solo sudah lama dibangkitkan oleh Pemuda UMNO dan kini mula diterjemahkan di Johor.

Dalam nada sinis, beliau turut mempersoalkan sama ada pimpinan DAP mendengar pandangan DAPSY berhubung cadangan pembubaran Parlimen.

“DAPSY pun jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor itu disambut pemimpin kalian,” katanya.

Pada masa sama, Akmal turut mencabar DAP keluar daripada kerajaan negeri Melaka sekiranya benar-benar mahu menguji sokongan rakyat terhadap kedua-dua parti.

“Kalau benar mahu menguji kekuatan kita buka gelanggang. Bring it on,” katanya.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
7 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
9 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
9 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
13 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok