Rafizi Ramli.
Tinggal beberapa hari menjelang tutup kempen pemilihan PKR, Rafizi Ramli membuat dakwaan kontroversi yang menambah kehangatan lagi suasana politik negara.
Berucap semasa jelajah di Perak semalam, calon Timbalan Presiden PKR itu mendakwa berlaku kebocoran surat sulit yang dihantarnya untuk memaklumkan keputusannya menolak jemputan merasmikan kongres sayap Pemuda (AMK) dan Wanita parti itu.
Rafizi juga secara terbuka membuat dakwaan berhubung pemuda PKR dari Perak yang sedang menyusun barisan kepimpinan parti, bagaimanapun tidak menamakan individu kepada umum.
Namun, akar umbi dan orang awam mengetahui individu yang dimaksudkan Rafizi tersebut yang mempunyai hubungan rapat dengan Presiden parti, Anwar Ibrahim.
Bercakap pada program “Jelajah Hiruk” di Ipoh malam tadi, Rafizi mendedahkan surat itu hanya ditujukan kepada dua individu – Anwar dan Fuziah.
“Saya tulis surat pada dua orang sahaja. Kepada Anwar, dan salinan kepada setiausaha agung. Siapa yang bocorkan ni? Macam mana boleh bocor? Surat itu surat sulit! Bukan saja boleh bocor (dan dilaporkan di) berita, (keseluruhan) surat itu terus keluar (dibocorkan),” katanya.
Dalam ucapannya juga, Rafizi turut menyentuh individu dari Perak yang dianggapnya sebagai pencatur utama dalam pemilihan PKR kali ini.
Pemilihan jawatan pusat PKR akan berlangsung 23 Mei ini.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN