Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi

14 jam lalu · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan tiada pemimpin di negara ini boleh mengeluarkan kenyataan yang menghina mana-mana kaum.

Tegas beliau, Malaysia dibina atas asas perpaduan dan penerimaan kepelbagaian sejak mencapai kemerdekaan hampir 70 tahun lalu.

Justeru itu, setiap warganegara yang taat kepada Perlembagaan dan berkhidmat untuk negara perlu diterima sebagai sebahagian daripada kekuatan Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau keturunan.

“Orang Melayu pun, majoriti memang asalnya dari Tanah Melayu tetapi ada juga dari Indonesia, ada juga keturunan Cina, ada juga keturunan Korea dan kita tidak boleh tolak mereka sebagai bukan rakyat.

“Apa lagi dalam kalangan masyarakat Cina atau India…yang taat, yang terima Perlembagaan, yang menjadi warganegara yang baik. Semua ini harus kita rangkul sebagai kekuatan Malaysia.

“Jadi, saya tidak setuju sama sekali mana-mana tanggapan yang menghina atau mengenepikan peranan mana-mana kaum negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor ketika berucap pada ceramah di Jempol yang menyatakan orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka, manakala masyarakat India mempunyai India dan masyarakat Cina mempunyai China.

Dalam ucapan sama, Muhammad Sanusi turut mengajak PAS dan UMNO kembali bersatu bagi mempertahankan bangsa dan agama.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin politik, termasuk gesaan supaya kempen pilihan raya tidak menyentuh isu berkaitan kaum dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Sanusi agar tidak memainkan isu kaum dan agama sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN)  Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
2 jam lalu· Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
5 jam lalu· Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
5 jam lalu· Politik
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
17 jam lalu · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
July 24, 2026 · Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
8 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok