Rafizi gesa Presiden PKR mansuhkan kuasa benarkan ahli baharu bertanding

May 21, 2025 · Politik

Kuasa yang diberikan kepada Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu untuk bertanding pilihan raya dan pemilihan parti perlu dimansuhkan, gesa Rafizi Ramli.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata apabila ahli baharu setahun masuk parti dibenarkan bertanding, ia dilihat sebagai tidak menghormati kesetiaan, jerih payah dan pengorbanan ahli parti yang terlebih dahulu sudah berjuang sejak parti itu ditubuhkan.

“Ini adalah suara akar umbi kepada presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini ada satu kuasa diberikan iaitu walaupun anggota parti tidak cukup setahun menjadi ahli namun dengan pelepasan presiden, ahli (baharu) boleh dibenarkan bertanding pilihan raya.

“Ini (pelepasan ini) harus dibatal, dimansuhkan. Ia memalukan parti. Setuju tak, lepas ini mesti jadi anggota parti sekurang-kurangnya lima tahun sebelum boleh bertanding.

“Bagaimana seorang bekas Bendahari MIC, hanya selepas masuk parti enam bulan boleh bertanding pilihan raya di kawasan Parlimen selamat. Kemudian dilantik jadi timbalan menteri dan tidak sampai dua tahun kini bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan.

“Anggota setia PKR macam kami ambil masa panjang sebelum dapat peluang bertanding. Jika terbukti ikhlas berbakti dan berjuang tanpa balasan untuk parti, saya yakin akar umbi akan akan angkat kamu jadi calon pilihan raya,” katanya semasa jelajah Hiruk di Johor Bahru malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi itu berkata, tujuannya bagi mengelakkan PKR dibanjiri anggota yang tidak ikhlas dan setia berjuang sebaliknya hanya mengejar jawatan atau laba politik.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan, PKR kini dibanjiri golongan yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan laba dan ganjaran politik terutama jawatan.

Katanya, dalam mana-mana parti termasuk PKR tidak terkecuali wujud dua golongan iaitu buat kerja untuk menggerakkan parti dan golongan yang berpusu-pusu mahu mendapatkan ghanimah (rampasan perang) atau laba politik.

“Selepas ini, saya yakin tidak berada dalam barisan kepimpinan, saya nak sebut secara terbuka mengenai kumpulan yang menangguk di air keruh.

“Orang lain bersusah payah berjuang demi parti ketika susah namun bila parti dalam keadaan senang dan menang, golongan ini muncul.

“Memang PKR parti derita tetapi ramai yang masuk tak derita. Jangan sesekali benarkan kumpulan yang begini mengambil alih parti kerana nampak gayanua ia akan jadi begitu.

“Sebab itu kita marah, masa susah buat kerja orang lain, masa menang orang lain timbul. Namun bila dah menang, bukan nak tunjuk muka di bawah. Pimpinan jangan nampak yang itu sahaja dan lupa yang lama di bawah ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
8 jam lalu· Politik
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026· Isu semasa
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026 · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
September 22, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
6 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
8 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok