Rafizi nekad teruskan saman fitnah terhadap Caprice

February 20, 2026 · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan akan meneruskan tindakan saman terhadap pempengaruh media sosial, Caprice selepas peluang untuk memohon maaf tidak diendahkan.

Rafizi berkata, kandungan yang dimuat naik Caprice disifatkan sebagai tuduhan mempunyai kepentingan dalam syarikat miliknya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bentuk pertanyaan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak tindakan undang-undang.

“Pertanyaan berbentuk tuduhan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan tindakan di bawah undang-undang fitnah.

“Elemen innuendo dan sindiran tersirat juga boleh diambil kira oleh mahkamah,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri, malam tadi.

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilaporkan mendesak Rafizi menurunkan semua hantaran media sosial dan memohon maaf sebelum jam 5 petang semalam atau berdepan tindakan undang-undang.

Ia susulan hantaran Rafizi yang menyentuh dakwaan berkaitan kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya.

Caprice menegaskan tidak pernah menyebut jumlah RM2.5 bilion atau menggunakan perkataan rasuah dalam video yang dimuat naik.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dakwaan konflik kepentingan tidak berasas dan yakin mempunyai asas kukuh untuk menang dalam saman berkenaan.

“Kalau betul saya menerima rasuah, sudah lama saya ke dalam penjara. Sampai sekarang tidak berlaku pun. Saya yakin AMLA memantau setiap hari,” katanya.

Beliau menjelaskan, hubungan dengan ahli perniagaan yang dikaitkan hanya melibatkan urusan klien yang memerlukan khidmat kepakaran Invoke.

Menurutnya, carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang tular menunjukkan pegangan dalam bentuk “preference share” iaitu pinjaman, bukannya saham berkepentingan.

“Untuk kata itu saham berkepentingan adalah salah sama sekali. Invoke ada ramai klien, takkan semua dianggap ada kepentingan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026· Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026· Isu semasa
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
June 25, 2026· Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
4 jam lalu · Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
4 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
6 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
6 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok