Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti

October 28, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendedahkan saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, merupakan kes mahkamahnya yang ke-17 sepanjang kerjaya dalam politik.

Menurut Rafizi, walaupun saman ini menambah beban dari segi kewangan untuk membayar kos guaman dan masa untuk menyediakan hujah, beliau melihatnya sebagai satu peluang untuk membentangkan hujah di sisi undang-undang.

“Yang baiknya, kita boleh membentangkan hujah kita di sisi undang-undang dan menggunakan proses undang-undang untuk mendapatkan maklumat, serta memanggil saksi-saksi,” katanya.

“Kalau saksi yang perlu dipanggil itu menteri atau Perdana Menteri, kita buat permohonan dengan mahkamah untuk memanggil saksi-saksi itu. Yang lain, kita serah kepada Allah,” tambahnya.

Rafizi berkata, beliau dan peguamnya masih belum menerima dokumen serahan saman tersebut secara rasmi dan hanya mengetahui mengenai tuntutan itu melalui laporan berita.

Saman tersebut, yang difailkan pada 10 Oktober lalu, didakwa berpunca daripada dua buah video yang dimuat naik oleh Rafizi yang didakwa telah mencemarkan reputasi Farhash sebagai seorang ahli perniagaan.

Menurut Farhash dalam kenyataan tuntutannya, kenyataan dalam video tersebut telah menyebabkan orang ramai memandang negatif terhadapnya dan menggugat keyakinan pelabur terhadap syarikat-sakaitan yang dikaitkan dengannya.

Beliau mendakwa terpaksa berulang kali menjelaskan perkara itu bagi membersihkan nama dan reputasinya.

Video pertama, yang dimuat naik pada 25 Julai, membabitkan dakwaan salah laku berkaitan penerokaan mineral di Sabah, manakala video kedua pada 20 Ogos pula menyentuh mengenai insiden serangan jarum suntikan terhadap anaknya.

Farhash sebelum ini pernah menuntut maaf terbuka berhubung video kedua, namun Rafizi bertegas mahu mempertahankan kenyataannya di mahkamah.

Farhash yang merupakan pengerusi eksekutif beberapa syarikat tersenarai awam, kini menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta daripada Rafizi.

Berita berkaitan
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
7 jam lalu· Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
8 jam lalu· Politik
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
PH sedia solo jika tiada kerjasama di Melaka: Amirudin
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
7 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
8 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok