Rahman Dahlan dedah punca tarik diri bertanding PRN Sabah di DUN Tempasuk

November 13, 2025 · Politik

Abdul Rahman Dahlan menyatakan hasratnya untuk memberi peluang kepada calon muka baharu dari kalangan anak tempatan sebagai alasan utama menarik diri daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Timbalan Ketua UMNO Sabah itu membuat keputusan mengejut menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini meskipun sudah diumumkan nama sebagai calon dan menjelaskan namun keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk, Kota Belud,” katanya dalamsatu kenyataan.

Abdul Rahmah menaruh kepercayaan calon pengantinya yang juga anak tempatan di kawasan tersebut mampu menggalas tanggungjawab dan akan terus membantu kempen parti pada PRN Sabah kali ini.

“Saya percaya anak tempatan dari UMNO Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang. Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada parti dan Ahmad Zahid yang sebelum ini menyenaraikan namanya sebagai calon, serta mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong di DUN Tempasuk.

Keputusan beliau untuk menarik diri itu sebelum ini disahkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.

Berikutan perkembangan itu, UMNO Sabah telah mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan, bagi merebut kerusi berkenaan.

BN dijangka akan berdepan dengan penyandangnya, Mohd Arsad Bistari, yang disahkan bertanding mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Mohd Arsad, yang sebelum ini menang atas tiket Barisan Nasional (BN), telah keluar dari UMNO dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Berita berkaitan
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu· Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
22 jam lalu· Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
22 jam lalu· Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
1 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok