Rakyat Israel dikesan di Malaysia akan diusir segera, tiada kompromi: PMX

July 15, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan mengusir serta-merta mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan mereka memasuki negara ini menggunakan dua pasport kewarganegaraan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, semua agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan warga Israel di negara ini, termasuk dakwaan mereka menetap di komuniti Network School di Forest City, Johor.

Menurutnya, Malaysia tidak mengiktiraf Israel, justeru tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati dakwaan itu benar.

“Kita siasat dahulu. Kalau tidak, kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil.

“Kalau ada rakyat Israel, kerana kita tidak mengiktiraf Israel, mereka akan diusir segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis ‘A Celebration of Life and Peace’ anjuran ERM Foundation di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar turut memaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan selepas siasatan selesai.

Isu itu tercetus selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi berkaitan menyiasat status kewarganegaraan komuniti Network School di Forest City.

Gesaan itu dibuat susulan dakwaan terdapat warga Israel yang memiliki dua kewarganegaraan tinggal di kawasan berkenaan dan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain.

Network School ialah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi Balaji Srinivasan.

Komuniti itu menyasarkan golongan profesional teknologi atau ‘techno-optimist’ dari pelbagai negara dengan menawarkan pakej penginapan, makanan dan kemudahan lain menerusi yuran keahlian bulanan.

Malaysia sejak sekian lama mengekalkan pendirian tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, sebarang dakwaan membabitkan kehadiran rakyat Israel di negara ini mendapat perhatian serius kerajaan dan agensi penguat kuasa.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok