Remaja tikam pelajar hingga maut didakwa di mahkamah

October 22, 2025 · Isu semasa

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan dari sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Bandar Utama baru-baru ini.

Menurut pertuduhan, remaja tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di bilik tandas perempuan sekolah berkenaan antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding hari ini memandangkan kes ini terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes ini dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Anwar Ezzad Zainal.

Mahkamah telah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.

Merujuk kepada insiden pada 14 Oktober, mangsa yang juga rakan sekolah tertuduh, ditemui meninggal dunia di dalam tandas sekolah.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian adalah akibat tikaman berulang pada bahagian dada dan leher mangsa.

Sejurus selepas kejadian, pada 15 Oktober, mahkamah telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes ini telah mengejutkan komuniti sekolah dan setempat, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar di kawasan institusi pendidikan.

Berita berkaitan
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
22 jam lalu · Isu semasa
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok