Solat jenazah Allahyarham Bung Moktar diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting.
Ribuan umat Islam membanjiri Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin selepas solat Jumaat hari ini ini.
Solat jenazah Allahyarham Bung Moktar diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting.
Kehadiran pemimpin tertinggi negara dan negeri menyaksikan betapa besarnya sumbangan Allahyarham.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi; dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Masidi Manjun antara yang hadir sama.
Jenazah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas untuk dikebumikan.
Sebelum itu, jenazahnya telah diziarahi ramai pemimpin di kediamannya di Luyang sejak awal pagi.
Ketua Menteri, Hajiji Noor, turut hadir memberi penghormatan terakhir sekitar jam 9 pagi.
Menurut kenyataan, Bung Moktar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital swasta semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi tadi.
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum