Ramalan cuaca.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah hingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 3.05 petang ini, kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah; di Terengganau (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.
Di Sarawak, membabitkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).
Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. – Bernama
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum