Ridhuan Tee disiasat polis, dipanggil ambil keterangan di Bukit Aman

September 29, 2025 · Isu semasa

Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang dikenakan ke atasnya.

Beliau sebelum ini memaklumkan melalui media sosial sudah dipanggil polis berhubung ucapannya semasa program podcast Muafakat yang disiarkan pada 26 September lepas.

Dalam kenyataannya, Ridhuan Tee memberitahu berdepan siasatandi bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan penghinaan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan, manakala Seksyen 233 AKMA 1998 pula berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian dengan menyampaikan kandungan yang bersifat mengganggu.

“Doakan untuk saya, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan dunia ini. Saya hanya berkata benar demi ABATA,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menjelaskan butiran lanjut atau latar belakang kepada siasatan tersebut.

Berita berkaitan
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
August 24, 2026· Isu semasa
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
August 23, 2026· Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Polis masih buru tiga suspek rompak barang kemas RM1.74 juta di Genting
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
1 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
3 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok