Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, mengatasi mata wang Asean lain

July 4, 2025 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh sentimen positif terhadap dasar ekonomi kerajaan serta prestasi semasa ekonomi AS yang memberangsangkan.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2125/2280 berbanding dolar AS daripada 4.2195/2255 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keyakinan terhadap ringgit kekal utuh hasil daripada komitmen kerajaan dalam meneruskan pembaharuan fiskal, termasuk peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta penyasaran semula subsidi RON95.

“Minat pelabur asing terhadap Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) juga dilihat kekal positif, memberi sokongan kepada nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Mengulas prestasi dolar AS, Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS (DXY) naik sebanyak 0.42 peratus kepada 97.18 mata, didorong oleh data pekerjaan yang menunjukkan pasaran buruh AS masih kukuh.

Beliau berkata ketahanan ekonomi AS mendorong jangkaan yang lebih rendah terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed), yang turut memberi kesan kepada hasil pulangan bon Perbendaharaan AS dua tahun yang meningkat 10 mata asas kepada 3.88 peratus.

Sementara itu, ringgit turut mencatat prestasi positif berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9098/9207 daripada 2.9333/9376, naik berbanding pound Britain kepada 5.7568/7780 daripada 5.7621/7703 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9577/9759 daripada 4.9756/9827.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3057/3182 daripada 3.3146/3196, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9835/13.0421 daripada 13.0211/0457, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.52 daripada 7.50/7.51.

Namun, ia kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 260.0/261.1. – Bernama

Berita berkaitan
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian
September 9, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok