Ringgit dijangka berdepan sedikit tekanan minggu depan

June 21, 2026 · Isu semasa

Ringgit dijangka terus berada dalam tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) masih berpotensi menaikkan kadar faedah tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran ketika ini banyak dipengaruhi oleh prospek dasar monetari AS yang dilihat masih cenderung mengetatkan kadar faedah bagi mengekang inflasi.

Menurut beliau, kemungkinan Fed menaikkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas akan terus memberi sokongan kepada dolar AS dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada mata wang negara-negara membangun termasuk ringgit.

“Kami menjangkakan dinamik yang sama akan terus berlaku minggu depan apabila pelabur masih memberi tumpuan kepada hala tuju dasar monetari Fed,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, perhatian pelabur juga akan tertumpu kepada data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang dijadual diumumkan pada 26 Jun, iaitu ukuran inflasi yang menjadi rujukan utama Fed dalam menentukan kadar faedah.

“Data inflasi ini dijangka kekal tinggi. Oleh itu, ringgit berkemungkinan kekal rendah dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Prestasi ringgit sebelum ini turut dipengaruhi oleh pengukuhan dolar AS susulan ketidaktentuan ekonomi global dan pendirian berhati-hati Fed terhadap risiko inflasi yang masih belum reda sepenuhnya.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada paras 4.1340/1395 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0600 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan turut mencatatkan prestasi lebih lemah berbanding mata wang utama dunia lain. Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4709/4782 daripada 5.4429/4489, selain turun berbanding yen Jepun kepada 2.5636/5671 daripada 2.5334/5364.

Ringgit juga lemah berbanding euro apabila ditutup pada 4.7376/7439 berbanding 4.6979/7031 minggu lalu.

Dalam kalangan mata wang serantau ASEAN, unit tempatan turut mencatatkan penyusutan. Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.5 daripada 227.0/227.4, selain susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2019/2064 daripada 3.1602/1640.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih rendah berbanding baht Thailand pada 12.5856/6074 berbanding 12.4105/4288 minggu sebelumnya, manakala berbanding peso Filipina, ringgit merosot kepada 6.80/6.81 daripada 6.67/6.68.

Perkembangan itu menunjukkan ringgit masih berdepan cabaran luaran yang ketara, khususnya daripada pengukuhan dolar AS dan jangkaan dasar kadar faedah yang lebih tinggi di negara ekonomi terbesar dunia itu. – Bernama

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
12 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
12 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
12 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok