Wang Tak Dituntut (WTD).
Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, didorong prestasi ekonomi domestik yang stabil serta sentimen pasaran yang semakin positif terhadap mata wang tempatan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kini berlegar sekitar paras RM3.90 berbanding dolar AS dan berpotensi menguji paras rintangan sekitar RM3.87 dalam tempoh terdekat.
“Pertumbuhan ekonomi yang konsisten dijangka terus menyokong keyakinan pelabur dan memberi kelebihan kepada ringgit dalam jangka masa pendek,” katanya dipetik laporan Bernama.
Sementara itu, penganalisis pasaran, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) melihat kelemahan dolar AS sebagai faktor utama yang menyokong kenaikan ringgit.
Indeks Dolar AS dilaporkan jatuh di bawah paras 97 apabila pelabur mula menjual pegangan dolar berikutan perubahan jangkaan ekonomi global.
Menurut nota penyelidikan bank pelaburan, perhatian pelabur kini beralih kepada pengesahan data inflasi AS serta minit mesyuarat Rizab Persekutuan, khususnya berkaitan keadaan pasaran buruh dan hala tuju kadar faedah.
“Data inflasi masih menjadi penentu utama kepada dasar monetari dan pergerakan mata wang global,” jelas laporan itu.
Di peringkat domestik, data eksport dan Indeks Harga Pengguna Malaysia akan menjadi petunjuk penting sama ada kelembapan ekonomi luar memberi kesan kepada perdagangan negara.
Prestasi ringgit sebelum ini menunjukkan pemulihan ketara apabila meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong gabungan faktor global dan domestik.
Pada Khamis lalu, ringgit mencatat paras sekitar 3.8995 berbanding dolar AS, hampir menyamai paras tertinggi untuk tempoh hampir lapan tahun.
Sepanjang minggu ini, ringgit juga mencatat prestasi lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama dunia termasuk pound British dan euro, selain menunjukkan kestabilan berbanding kebanyakan mata wang negara Asean.
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum