Ringgit.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menghampiri paras tertinggi dalam tempoh hampir enam tahun, disokong keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara serta asas domestik yang kekal stabil.
Pada jam 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9130/9230 berbanding dolar AS, lebih baik berbanding paras penutup 3.9175/9235 pada Rabu. Prestasi ini meletakkan mata wang tempatan hampir menyamai paras terkuat sejak April 2018, apabila mencecah sekitar 3.9030.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran secara umumnya telah mengambil kira keputusan Rizab Persekutuan AS untuk mengekalkan kadar faedah, dengan tumpuan kini beralih kepada hala tuju kepimpinan baharu bank pusat itu.
Menurutnya, perkembangan tersebut berpotensi mempengaruhi sentimen pasaran global, khususnya susulan tekanan politik di AS yang mahukan kadar faedah lebih rendah.
“Buat masa ini, pasaran kelihatan tenang walaupun Indeks Dolar AS meningkat sedikit,” katanya, merujuk kepada kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.26 peratus.
Keyakinan terhadap ringgit turut disokong pandangan Bank Negara Malaysia yang menegaskan ekonomi negara terus berkembang berasaskan struktur yang pelbagai dan permintaan domestik yang berdaya tahan.
Gabenor bank pusat itu berkata kepelbagaian pasaran eksport Malaysia menjadi antara kekuatan utama ekonomi negara.
“Kita tidak bergantung kepada satu negara sahaja. Tiada satu pun rakan dagang yang menyumbang lebih daripada 15 peratus kepada eksport negara,” katanya.
Dari sudut fiskal, kerajaan turut menekankan komitmen terhadap pembaharuan dasar melalui rasionalisasi subsidi.
Menurut Kementerian Kewangan, peralihan daripada subsidi petrol RON95 secara menyeluruh kepada subsidi bersasar menerusi BUDI MADANI dijangka mengurangkan ketirisan dan menjimatkan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
Prestasi ringgit sebelum ini banyak dipengaruhi faktor luaran termasuk pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan global.
Namun, langkah pembaharuan ekonomi, disiplin fiskal dan kestabilan politik domestik kini dilihat membantu memulihkan keyakinan pelabur terhadap mata wang tempatan.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama dan serantau, mencerminkan sentimen positif terhadap ekonomi Malaysia.
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar