Ringgit.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh ketegangan perdagangan global yang mengurangkan keyakinan terhadap mata wang AS.
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2240/2340 berbanding dolar AS, menunjukkan peningkatan berbanding penutupan Rabu pada 4.2280/2325.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kelemahan indeks dolar AS (DXY) menyokong prestasi ringgit.
“Indeks dolar AS menyusut kepada 98.897 mata berikutan isyarat ketidaktentuan perdagangan AS-China yang muncul semula. Pada masa sama, sekatan AS terhadap Rusia turut menekan sentimen pasaran,” katanya dipetik laporan Bernama.
“Sehubungan itu, ringgit dijangka memperlihatkan momentum positif hari ini dengan dolar-ringgit kemungkinan bergerak pada sekitar 4.21 dan 4.22,” tambahnya.
Bagaimanapun, prestasi ringgit berbeza-beza berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7791/7859 tetapi menyusut berbanding pound Britain kepada 5.6386/6520 dan rendah sedikit berbanding euro pada 4.9024/9140.
Berbanding mata wang rantau ASEAN, ringgit menunjukkan prestasi yang bercampur-campur. Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2540/2619 dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia.
Walau bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding baht Thailand dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina.
Pasaran kini memantau perkembangan geopolitik dan dasar monetari global yang berterusan untuk hala tuju aliran mata wang tempatan pada sesi seterusnya.
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib