Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengukuhan ringgit sejak kebelakangan ini dilihat memberi impak positif kepada ekonomi negara, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menekankan pengawalan dasar ekonomi yang teliti dan usaha menarik pelaburan asing menjadi kunci bagi mengekalkan momentum ini.
“Ringgit mengukuh secara berhemah adalah yang terbaik, tetapi kadang-kadang pergerakannya di luar jangkaan.
“Keyakinan pelabur tidak dapat dikawal sepenuhnya, tetapi secara keseluruhan, ia membawa kesan positif kepada pasaran,” ujar beliau ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menambah, pengukuhan mata wang tempatan turut memberi sedikit cabaran, khususnya kepada sektor eksport kerana harga barangan Malaysia menjadi lebih mahal di pasaran antarabangsa.
Namun, beliau berkata tidak ada negara yang mahukan nilai mata wang mereka jatuh terlalu rendah.
Beliau menjawab soalan tambahan mengenai sama ada pengukuhan ringgit dapat dikekalkan sepanjang tahun ini, serta faktor di sebalik kenaikannya dan kesan terhadap import, eksport, pelaburan asing, dan rakyat.
Menurut Anwar lagi, ringgit yang lebih kukuh meningkatkan keyakinan pelabur dan memberi gambaran positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara selepas tempoh kelemahan mata wang tempatan.
“Dalam keadaan biasa, apabila ringgit mengukuh, ada kesan positifnya dan sedikit yang membimbangkan, tetapi ini perkara biasa dalam ekonomi,” katanya lagi.
Pengukuhan ringgit ini berlaku dalam konteks Malaysia mengekalkan defisit fiskal pada tahap terkawal dan terus menggiatkan usaha menarik pelaburan asing, selari dengan rancangan jangka panjang kerajaan untuk memperkukuh ekonomi negara.
Penganalisis berkata, trend semasa ini boleh meningkatkan keupayaan Malaysia menarik pelabur asing, sambil memastikan kestabilan pasaran kewangan tempatan.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib