Ringgit meningkat kepada RM4.07 sedolar: Bernama

July 1, 2026 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.

Sementara itu, pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman laporan pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS lewat minggu ini.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0775/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0825/0870 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS berada pada 91.2 mata pada bulan Jun, jauh di bawah anggaran konsensus sebanyak 94.4 mata.

“Hari ini, ringgit dijangka kekal berhati-hati menjelang laporan NFP malam esok, dengan konsensus berada pada 114,000 pada bulan Jun berbanding 172,000 pada bulan Mei.

“Nampaknya sentimen pasaran tertumpu pada keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS (mengenai kenaikan kadar), dan mereka seolah-olah mengabaikan harga minyak mentah semasa di mana minyak mentah West Texas Intermediate dan Brent kini berlegar sekitar AS$69.50 setong dan AS$72.92 setong,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4027/4153 daripada 5.4036/4096 ketika ditutup pada Selasa, merosot berbanding euro kepada 4.6537/6645 daripada 4.6528/6580 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5066/5126 daripada 2.5154/5183 semalam.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1499/1577 daripada 3.1532/1570 ketika ditutup pada Selasa, hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 227.7/228.3 daripada 227.9/228.3 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.64/6.67 daripada 6.65/6.67. – Bernama

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
8 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
8 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok