RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima

October 8, 2026 · Isu semasa

Hampir 8.4 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sudah menggunakan bantuan itu untuk membeli barangan keperluan asas menerusi MyKad.

Kementerian Kewangan memaklumkan kadar penggunaan SARA mencapai 99.7 peratus dengan nilai transaksi mencecah RM5.2 bilion setakat 20 September lalu.

Menurut kementerian itu, sembilan negeri mencatatkan kadar penggunaan 100 peratus iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Pahang dan Labuan.

Kadar penggunaan terendah pula direkodkan di Putrajaya sebanyak 94 peratus, diikuti Johor dengan 95 peratus.

“Bagi SARA Untuk Semua pula, lebih 20 juta rakyat sudah membuat perbelanjaan iaitu 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai transaksi di pasaran tempatan hampir RM1.9 bilion,” menurut Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Jawapan itu diberikan susulan soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai jumlah peruntukan SARA yang sudah dibelanjakan sehingga September lalu mengikut negeri serta mekanisme kerajaan menilai keberkesanan bantuan berkenaan dalam membantu isi rumah berpendapatan rendah berdepan peningkatan kos sara hidup.

Kementerian Kewangan berkata, sebanyak RM15 bilion diperuntukkan untuk STR dan SARA tahun ini berbanding RM10 bilion pada 2024, dengan hampir sembilan juta penerima mendapat manfaat.

SARA merupakan bantuan bersasar yang disalurkan secara tanpa tunai melalui kredit ke MyKad penerima. Bantuan itu boleh digunakan di premis berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA untuk membeli 15 kategori barangan keperluan asas.

Antara barangan yang boleh dibeli termasuk makanan asas, barangan kebersihan diri, keperluan kebersihan rumah dan ubat-ubatan.

Menurut kementerian itu, prestasi perbelanjaan penerima menjadi antara petunjuk utama bagi menilai keberkesanan STR dan SARA dalam meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

“Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar memanfaatkan bantuan bagi tujuan dinyatakan,” katanya.

Kerajaan turut menyifatkan peningkatan peruntukan STR dan SARA dari tahun ke tahun sebagai usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial, terutama ketika rakyat berdepan tekanan kos makanan, pengangkutan dan keperluan harian.

“Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya.

SARA diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pendekatan bantuan kerajaan yang lebih bersasar, dengan penggunaan MyKad membolehkan transaksi direkod dan pemantauan terhadap penyaluran bantuan dilakukan dengan lebih sistematik.

Berita berkaitan
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
4 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
8 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
10 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok