Ahli Parlimen Melaka, Khoo Poay Tiong membalas kritikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh semakin memanas susulan cadangan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
MP DAP itu membalas kritikan keras Akmal dengan mengingatkan pemimpin itu agar tidak bersikap angkuh dalam isu melibatkan “maruah”.
“Jaga diri sendiri terlebih dahulu. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Akmal menolak cadangan tersebut dan menyifatkannya sebagai tanda kelemahan pentadbiran kerajaan.
“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan untuk mentadbir negara ini dengan baik. Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan,” katanya.
Cadangan Poay Tiong itu timbul ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat, khususnya akibat krisis bahan api global.
Beliau mencadangkan agar kerajaan negeri memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan PRN.
Menurut Poay Tiong, keutamaan ketika ini bukanlah pilihan raya, sebaliknya isu keselamatan tenaga dan kenaikan harga makanan yang semakin membebankan rakyat.
“Persoalan utama ialah sama ada sekarang masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Jelas sekali tidak, kerana terdapat keutamaan lain yang lebih mendesak,” katanya.
Beliau turut menegaskan PRN Melaka tidak perlu diadakan pada masa terdekat kerana ia hanya wajib diadakan selewat-lewatnya Februari tahun hadapan, sekali gus memberi ruang menunggu kestabilan global.
Poay Tiong menegaskan cadangan darurat hanyalah satu pilihan berdasarkan pengalaman lalu dan terbuka untuk dibincangkan.
“Jika ia tidak sesuai, kita boleh berbahas dan mencari alternatif lain,” katanya.
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan