Johari Abdul Ghani.
Johari Abdul Ghani menafikan khabar angin mengenai satu rombakan Kabinet yang kononnya akan berlaku tidak lama lagi.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata tiada sebarang perbincangan atau taklimat rasmi berkenaan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet.
“Saya rasa tak adalah. Mana ada? Rombakan Kabinet itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
“Namun, setakat ini, dalam mesyuarat, dia tak bincang pasal itu. Kalau betul pun, pasti ada taklimat khas. Saya tak rasa begitu dan setakat ini, tiada langsung sebarang rombakan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Expo Perkayuan 2025.
Kenyataan beliau itu menjawab desas-desus yang tercetus ekoran kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yang mendedahkan mengenai satu taklimat khas untuk menteri-menteri Kabinet yang dijangka diadakan.
Spekulasi ini semakin hangat diperkatakan berikutan peletakan jawatan beberapa menteri baru-baru ini dan tamatnya tempoh pelantikan dua senator yang juga memegang portfolio menteri.
Antara nama yang disebut-sebut termasuklah peletakan jawatan Ewon Benedick serta tempoh pelantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dijangka tamat pada Disember ini.
Walau bagaimanapun, Johari menekankan bahawa tiada maklumat rasmi yang diterimanya berhubung perkara itu, sekali gus menepikan segala spekulasi yang timbul.
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum