Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) secara rasmi memohon maaf atas kesilapan penyebutan nama Presiden Indonesia dalam siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Penyiaran RTM menjelaskan bahawa siasatan dalaman mendapati telah berlaku kesilapan teknikal oleh pengulas siaran yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia.
“RTM dengan ini memohon maaf kepada Presiden dan Kerajaan Republik Indonesia serta semua pihak yang terkesan akibat kesilapan ini,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam jabatan tersebut.
Kesilapan berlaku apabila pengulas menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sebaliknya jawatan tersebut kini telah disandang oleh Prabowo Subianto selepas proses peralihan kuasa.
RTM menegaskan bahawa mereka memandang serius perkara ini.
“Tindakan sewajarnya telah diambil terhadap kesilapan tersebut,” tambah kenyataan itu tanpa menyebut butiran lanjut mengenai jenis tindakan yang dikenakan.
Sebagai langkah pencegahan, jabatan penyiaran awam itu juga memberi jaminan untuk memperkukuh kawalan editorial dan proses semakan fakta.
Langkah ini bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan dalam siaran rasmi pada masa hadapan adalah tepat dan menepati piawaian profesionalisme yang tinggi.
Anwar gesa Trump terus perjuang keamanan di Gaza
Polis KL: Protes anti-Trump berjalan dengan aman
Sejarah terlakar, Thailand-Kemboja meterai Perjanjian Damai KL
Trump puji Anwar sebagai ‘tokoh hebat’, main peranan penting perjanjian Thai-Kemboja
Bantahan terhadap Trump bergema di Dataran Merdeka
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa