Bantahan terhadap Trump bergema di Dataran Merdeka

October 26, 2025 · Isu semasa

Dianggarkan seramai kira-kira 100 orang peserta berkumpul di Dataran Merdeka pagi ini bagi menyampaikan bantahan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke negara ini, sambil menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.

Protes yang dianjurkan kumpulan advokasi Palestin, Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia itu pada asalnya dirancang berlangsung di Ampang Park, namun terpaksa dipindahkan ke Dataran Merdeka ekoran sekatan pihak berkuasa.

Pengerusi BDS Malaysia, Nazari Ismail, meluahkan rasa terkilan dengan perubahan lokasi saat-saat akhir itu, namun menegaskan mesej bantahan mereka tetap akan disampaikan.

“Bukan senang untuk beritahu kepada umum bahawa lokasi berubah. Jadi kita terpaksa pindah buat di sini (Dataran Merdeka).

“Walaupun kehadiran tak ramai seperti diharapkan tetapi kita yakin mesej yang kita nak ketengahkan akan sampai,” katanya dipetik laporan media.

“Yang penting kita jelaskan mesej bahawa kita benci kepada polisi AS, benci kepada Trump yang masih lagi menyokong Israel secara membuta-tuli.

“Kita kena jelaskan bahawa Malaysia tidak akan bertolak-ansur kerana ratusan ribu rakyat Palestin terbunuh dan kita jangan fikir soal ekonomi sahaja,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, mengingatkan agar ASEAN berwaspada dengan kehadiran Trump yang dilihat berpotensi menggugat kesatuan serantau.

“Kita kelihatan kuat secara ekonomi dan kesatuannya dan di situlah perlu kita berhati-hati,” ujarnya.

Beliau turut menyeru pemimpin ASEAN termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, agar tidak terpengaruh dengan taktik Trump.

“Sudah cukup mereka memporak-perandakan negara-negara Arab khususnya Palestin. Kerana itu kita mesti terus menunjukkan bantahan secara terbuka dan lantang tentang kehadiran Trump di sini,” tegas Raja Bahrin.

Trump berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung sehingga 28 Oktober ini.

Berita berkaitan
Rangka kerja 5G ASEAN angkat nama Malaysia di pentas dunia, ditabal pemenang WSIS 2026
July 9, 2026· Isu semasa
Keputusan AS tidak ubah pendirian Malaysia, kekal buru Jho Low: PMX
July 3, 2026· Politik
Jho Low mungkin terima pengampunan Trump: Laporan
July 2, 2026· Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok