Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Bekas Ketua MIC Bahagian Puchong, Awtar Singh membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya dalam satu video di TikTok pada 17 April lepas yang menyentuh reputasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pengerusinya, Muhammad Salim Fateh Din.
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Awtar berkata kesal dengan tuduhan tidak berasas yang dibuatnya sebelum ini dan mengakui kenyataan tersebut telah mencemarkan nama baik serta menggugat kepercayaan awam terhadap Muhammad Salim dan MCMC.
“Saya ingin merakam permohonan maaf ini secara khusus kepada Muhammad Salim, keluarga beliau serta semua pegawai dan kakitangan MCMC yang terkesan secara langsung atau tidak langsung akibat kenyataan saya yang tidak berasas itu,” katanya.
Awtar berkata dakwaannya sebelum ini bahawa MCMC gagal mengambil tindakan terhadap kegiatan sindiket penipuan menggunakan telefon bimbit tidak berdaftar adalah tidak benar, tidak adil dan dibuat tanpa memahami fakta sebenar.
Beliau kesal dengan kenyataan dalam video di akaun TikTok itu dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya pada masa akan datang, termasuk tidak memuat naik, menyiarkan atau menerbitkan apa-apa kenyataan atau kandungan berkait isu yang boleh menjejaskan reputasi MCMC atau pengerusinya. – Bernama
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan