RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026

May 13, 2026 · Isu semasa

Peminat bola sepak di Malaysia bakal menikmati siaran penuh Piala Dunia FIFA 2026 apabila kesemua 104 perlawanan kejohanan itu akan disiarkan menerusi RTM dan Unifi TV.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, siaran itu dapat direalisasikan hasil kerjasama strategik antara RTM dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada rakyat untuk menonton kejohanan bola sepak terbesar dunia, malah mengukuhkan peranan penyiaran awam dalam menyediakan kandungan berkualiti tanpa kos tambahan.

“Kesemua 104 perlawanan akan ditayangkan menerusi RTM dan Unifi TV. Ini adalah usaha bersama untuk memastikan rakyat dapat menikmati temasya sukan bertaraf dunia dengan capaian lebih menyeluruh,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu juga selari dengan usaha Kerajaan Madani untuk menjadikan sukan sebagai medium perpaduan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail memaklumkan penglibatan penaja korporat membantu kerajaan mengurangkan kos mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij tersebut.

“Sebahagian besar pembiayaan datang daripada kerjasama strategik dengan syarikat korporat dan perbelanjaan RTM adalah pada tahap minimum,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi turut memaklumkan siaran Piala Dunia 2026 akan boleh ditonton melalui pelbagai platform termasuk siaran percuma MyTV, RTM Klik dan platform penstriman Unifi TV bagi memastikan liputan lebih meluas kepada penonton di seluruh negara.

Unifi TV dijadual menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung, manakala RTM akan menayangkan sebahagian besar aksi secara langsung dan siaran tertunda mengikut jadual siaran.

Piala Dunia FIFA 2026 bakal mencipta sejarah apabila dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Perlawanan pembukaan dijadual berlangsung di Mexico City pada 11 Jun 2026, manakala aksi final akan diadakan di New Jersey pada 19 Julai 2026.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
20 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
13 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
14 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
21 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok