Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid

June 5, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) menegaskan pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan masih terbuka meskipun gabungan itu sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerjasama antara kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di negeri itu tidak dapat diteruskan.

Menurut beliau, BN bersedia menghadapi PRN Negeri Sembilan walau apa juga keputusan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan negeri dan parti-parti komponen dalam PH.

“Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini biarpun itu adalah keputusan daripada pentadbiran kerajaan negeri melalui parti-parti komponen dalam PH.

“Tentunya kita sangat terbuka bukan sahaja untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, namun terlalu awal untuk kita tidak mengadakan perundingan bagi menentukan bahawa Kerajaan Perpaduan akan dikekalkan,” katanya selepas menghadiri program Walkabout Karnival Hari TVET Negara 2026 hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan perkembangan terkini politik Negeri Sembilan apabila Menteri Besar, Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Menurut Aminuddin, pembubaran tersebut dilakukan selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu majlis menghadap di Istana Besar Seri Menanti semalam.

Sebelum ini, PH dilaporkan telah menyelesaikan pembahagian kerusi dan berhasrat bertanding di kesemua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa gabungan itu akan bergerak tanpa kerjasama rasmi dengan BN dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas Johor yang mengambil langkah sama pada Isnin lalu.

Berita berkaitan
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu· Politik
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu· Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
15 jam lalu · Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
15 jam lalu · Politik
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
17 jam lalu · Politik
Jangan angkuh, UMNO perlu sedar kedudukan sendiri
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok