RUU had penggal PM, pemisahan kuasa AG dan pendakwa raya akan dibentang tahun ini

January 5, 2026 · Isu semasa

Kerajaan merancang membentangkan beberapa rang undang-undang penting di Parlimen tahun ini, termasuk pemisahan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya serta had tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang bagi memisahkan kuasa pendakwa raya dan peguam negara akan menjadi yang terawal dibentangkan dalam sesi Parlimen bulan ini, manakala cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri akan menyusul pada masa terdekat.

“RUU pertama akan dibentangkan tahun ini ialah pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara,” katanya ketika pengumuman khas Tahun Baharu di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Selain itu, dua lagi rang undang-undang yang dijangka dibentangkan dan diluluskan tahun ini ialah Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOIA) dan penubuhan Ombudsman Malaysia.

Menurut Anwar, Ombudsman merupakan sebuah institusi yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengemukakan aduan dan menuntut pertanggungjawaban daripada semua pihak dalam pentadbiran.

“Ombudsman ialah institusi yang memberi ruang kepada rakyat membangkitkan apa saja permasalahan kerana tanpa kecuali, daripada perdana menteri hingga ke bawah, harus dipertanggungjawabkan dan boleh dipersoal,” katanya.

Menyentuh FOIA, Anwar mengakui terdapat kebimbangan berkaitan keselamatan negara, namun memberi jaminan bahawa perkara itu akan ditangani melalui pengecualian tertentu.

“Isu keselamatan negara dan risikan memang perlu diberi pengecualian. Tetapi soal tender, kontrak dan projek, ini penting untuk mengelak penyalahgunaan kuasa,” jelasnya sambil menambah FOIA akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen pada tahun ini.

Langkah-langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan reformasi institusi, selari dengan janji yang dibuat kepada rakyat.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa
November 26, 2026· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
21 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
November 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok