RUU pisahkan kuasa AG dan pendakwa raya, had tempoh PM dibentang pada Isnin

February 20, 2026 · Politik

Dua rang undang-undang (RUU) penting yang menyentuh reformasi institusi negara akan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat Isnin ini, melibatkan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, bacaan kali kedua bagi RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijadualkan pada 2 Mac, manakala RUU Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 3 Mac oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, cadangan pengasingan itu bertujuan memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem keadilan negara lebih telus serta bebas daripada sebarang konflik kepentingan.

“Antara perkara utama dicadangkan termasuk pelantikan Pendakwa Raya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, serta pemberian kuasa pendakwaan yang jelas,” katanya dipetik laporan media.

Isu pemisahan peranan ini sudah lama dibahaskan dalam kalangan pengamal undang-undang dan masyarakat sivil yang berpandangan bahawa fungsi penasihat undang-undang kerajaan dan kuasa pendakwaan wajar dipisahkan bagi mengelakkan pertindihan kuasa.

Dalam cadangan terbaharu itu, kedudukan Pendakwa Raya akan setara dengan Peguam Negara dari segi hierarki dan perkhidmatan.

Calon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman litigasi dengan tempoh lantikan selama tujuh tahun.

Sementara itu, RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri mencadangkan maksimum 10 tahun atau dua penggal, dikira secara terkumpul sama ada berturut-turut atau tidak.

Azalina menjelaskan, apabila tempoh agregat itu tamat, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri turut terhenti daripada memegang jawatan.

“Dalam tempoh peralihan sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, tugas yang dijalankan hanya melibatkan pentadbiran harian kerajaan,” katanya.

Beliau memaklumkan kedua-dua RUU itu telah dipersetujui Jemaah Menteri dan berharap mendapat sokongan rentas parti demi memperkukuh sistem perundangan serta amalan demokrasi negara.

Berita berkaitan
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
June 6, 2026· Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
June 6, 2026· Isu semasa
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
10 jam lalu · Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
10 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
13 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok