Sidang media Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Dr. Alias Rameli.
Cadangan untuk menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) didapati tidak wajar memandangkan rang undang-undang tersebut telah melalui proses libat uras dan rundingan yang komprehensif dengan pelbagai pihak.
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Dr. Alias Rameli, menekankan setakat ini, lebih daripada 108 sesi libat urus telah diadakan, melibatkan pelbagai badan profesional serta persatuan penduduk bagi memastikan setiap suara dan kepentingan diambil kira.
“Setakat ini, lebih 108 sesi libat urus diadakan bersama badan profesional dan persatuan penduduk.
“Malah, Ahli Parlimen turut dijemput menghadiri sesi penerangan dan lawatan tapak, tetapi tiada seorang pun hadir,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau menambah RUU PSB, yang dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Khamis ini, tidak digubal untuk menggantikan mana-mana peruntukan atau undang-undang sedia ada dan tidak akan menjejaskan sebarang hak keistimewaan orang Melayu.
“Tiada langsung kuasa diberikan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan kawasan bagi tujuan PSB.
“Begitu juga tanah wakaf, ia sepenuhnya tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri,” jelasnya lagi.
Dalam hal berkaitan kuasa pemilikan tanah, Dr. Alias menjelaskan RUU PSB tidak menyentuh atau mengurangkan kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Melalui PSB, pemilik menikmati nilai masa hadapan yang lebih tinggi, termasuk dari segi keluasan, kemudahan dan kualiti hidup. Ia adalah satu mekanisme untuk memastikan kesejahteraan rakyat bandar, bukan sebaliknya,” ujar Alias.
Selain itu, beliau menekankan bahawa RUU PSB tidak mengandungi sebarang elemen paksaan bagi pengambilalihan tanah.
Sebaliknya, rang undang-undang ini bertujuan untuk mewujudkan peruntukan yang jelas berkenaan ambang persetujuan serta kriteria kehendak dalam melaksanakan sesuatu projek pembaharuan semula bandar.
RUU PSB diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar yang lebih terancang, telus dan mampan, selari dengan keperluan semasa serta aspirasi komuniti setempat.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri