Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi

January 23, 2026 · Isu semasa

Mekanisme aduan rasmi yang diperkenalkan oleh Majlis Media Malaysia (MMM) dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh amalan kewartawanan yang beretika serta bertanggungjawab di negara ini, apabila ia menyediakan saluran profesional dan berinstitusi untuk orang ramai mengemukakan aduan berkaitan media.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyambut baik pelaksanaan mekanisme berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu kemajuan besar dalam landskap kawal selia kendiri media di Malaysia.

Menurut beliau, kewujudan saluran rasmi ini memberi ruang yang jelas dan tersusun kepada masyarakat serta pihak berkepentingan untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan amat mengalu-alukan pengenalan mekanisme aduan oleh MMM. Ini adalah satu saluran yang profesional dan berinstitusi untuk orang ramai dan pihak berkepentingan mengemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Pengumuman itu dibuat susulan pembukaan rasmi mekanisme aduan MMM yang kini beroperasi sepenuhnya.

Inisiatif ini membolehkan aduan dikemukakan melalui e-mel atau laman web rasmi MMM, dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kod Tatakelakuan dan Aduan.

Jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan bebas yang menekankan ketelusan serta tidak bersifat menghukum, selaras dengan prinsip kawal selia kendiri media.

Langkah ini hadir dalam konteks perbincangan awam yang semakin hangat mengenai kebebasan media dan tanggungjawab kewartawanan, termasuk beberapa isu kebelakangan ini yang mencetuskan reaksi meluas serta laporan polis oleh pihak tertentu.

Penubuhan saluran aduan rasmi dilihat mampu meredakan ketegangan dengan menyediakan platform yang lebih matang dan berfokus kepada penyelesaian.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi turut memaklumkan bahawa Jemaah Menteri membincangkan pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Beliau berkata beberapa perkara susulan perlu diuruskan, termasuk pelantikan setiausaha BBC serta penstrukturan semula komposisi ‘Friends of Ministry’ dan jawatankuasa pilihan khas di Dewan Rakyat.

“Ia akan diteliti semula dan diuruskan melalui proses Parlimen,” katanya.

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
2 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
15 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
15 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok