Kes Polis.
Perjalanan pulang sebuah keluarga dari Kuala Kangsar ke Kelantan bertukar pilu apabila mereka hanya mengetahui kematian tragis seorang anak ketika di tengah jalan.
Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun, Nurfisya Zulkifly, ditemui maut dengan puluhan kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, tengah malam semalam.
Mangsa merupakan penuntut di Kolej Poly-Tech MARA dan baru sahaja memulakan semester baharu minggu lalu.
Abangnya, Mohd Faris Zulkifly, 21, berkata keluarga mereka menerima panggilan daripada polis sekitar jam 12.30 tengah hari, namun ketika itu mereka hanya dimaklumkan adiknya telah meninggal dunia tanpa butiran lanjut.
“Saya hanya dengar polis beritahu adik sudah meninggal dunia. Saya tak sanggup dengar lebih lanjut dan terus tamatkan panggilan,” katanya.
Menurutnya, keluarga mereka segera bertolak ke Kelantan dan hanya mengetahui punca sebenar kematian ketika membaca laporan berita dalam talian sewaktu melalui Jeli.
“Kami hanya tahu adik maut akibat ditikam ketika dalam perjalanan. Memang sangat terkejut. Mak dan ayah terus menangis tak henti-henti,” katanya lagi.
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 12.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah, dengan kecederaan serius dari muka hingga ke kaki, kebanyakannya tertumpu di bahagian kanan badan.
Kejadian ini mengejutkan ramai kerana mangsa sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
Malah, ketika pulang bercuti ke Perak baru-baru ini, arwah sempat menyatakan keinginan menikmati makanan kegemarannya.
“Adik teringin makan macam-macam, termasuk ayam penyet. Dia juga pernah cakap nak beli kereta Mini Cooper bila dah habis belajar dan kerja nanti,” ujar Mohd Faris.
Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik dan sedang mengikuti semester ketiga daripada keseluruhan tujuh semester pengajian.
Keluarga mangsa kini berharap pihak berkuasa dapat segera menahan pelaku dan memastikan keadilan ditegakkan.
“Kami harap pelaku ditangkap secepat mungkin dan dihukum setimpal,” katanya.
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum