Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Rafizi Ramli akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi, Isnin ini.
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar, Ahli Parlimen Pandan itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
Pelaburan tersebut melibatkan Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari United Kingdom dalam kerjasama strategik industri semikonduktor.
“Setakat ini, sebanyak 22 keterangan telah dirakam, termasuk daripada menteri dan pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan bermula pada 13 Februari 2025,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memaklumkan James Chai telah dirakam keterangannya selama tiga hari berturut-turut minggu lalu, menandakan siasatan semakin memasuki fasa penting.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam atau individu berkepentingan.
Siasatan tersebut dilihat signifikan kerana melibatkan projek berimpak tinggi dalam sektor semikonduktor, yang kini menjadi tumpuan utama pembangunan ekonomi negara.
Rafizi sebelum ini mengesahkan telah menerima notis daripada SPRM dan bersedia memberi kerjasama penuh.
“Saya dan peguam sudah bersedia untuk hadir dan membantu siasatan,” katanya.
Siasatan masih berjalan dan SPRM dijangka akan memanggil lebih ramai individu bagi melengkapkan proses pengumpulan bukti.
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum