Sambutan Hari Kebangsaan 2026 angkat semangat perpaduan, patriotisme: Fahmi

July 19, 2026 · Isu semasa

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 tampil dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang mencerminkan usaha kerajaan memastikan hasil kemajuan dan pembangunan negara dapat dirasai secara adil serta inklusif oleh seluruh rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tema itu membawa mesej kesejahteraan bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan ekonomi, sebaliknya meliputi peningkatan kualiti hidup, peluang yang lebih saksama serta manfaat pembangunan yang dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan komited memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau latar belakang. Inilah asas untuk membina Malaysia yang lebih makmur, bersatu padu dan sejahtera,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 di Ipoh, Perak.

Beliau berkata, sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini akan disemarakkan menerusi pelbagai program yang melibatkan penyertaan masyarakat di seluruh negara bagi memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan.

Menurutnya, program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) diteruskan sebagai platform mendekatkan mesej cintakan negara kepada rakyat di setiap pelosok tanah air.

Selain itu, inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang turut dipergiat bagi menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan, perpaduan dan kebanggaan negara.

Fahmi berkata, walaupun sambutan HKHM 2026 dilaksanakan secara berhemah dengan mengoptimumkan sumber sedia ada, usaha menyemai semangat patriotisme dan penghayatan terhadap erti kemerdekaan kekal menjadi keutamaan.

“Kita mahu semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat, sekali gus memperkukuh perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis peluncuran tersebut.

“Semoga dari bumi Perak, semangat Bulan Kebangsaan terus mengalir ke seluruh negara dan menyatukan hati serta tekad rakyat untuk terus memelihara kesejahteraan dan keharmonian Malaysia,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan acara tahunan yang diraikan sepanjang bulan Ogos hingga September bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan serta menghargai perjuangan kemerdekaan negara.

Pelbagai program termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang menjadi antara pengisian utama sambutan pada setiap tahun.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
2 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
2 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok