Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula

19 jam lalu · Politik

Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan pelantikan Ketua Pembangkang dalam gabungan itu dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat, sambil meminta semua pihak bersabar menunggu keputusan rasmi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, proses perbincangan sedang berjalan mengikut saluran yang ditetapkan dan memerlukan sedikit masa sebelum dimuktamadkan.

“Ada beberapa proses yang perlu dilaksanakan. Bersabar sekejap, kita akan selesai dalam waktu yang terdekat,” katanya selepas merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 di Kompleks Sukan Negeri hari ini.

Ahmad Samsuri turut menafikan dakwaan kononnya wujud perbezaan pendapat dalam kalangan parti komponen PN berhubung pelantikan tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan situasi itu masih dalam kawalan dan tidak seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Ia bukan masalah perbezaan pendapat. Sidang Parlimen pun hanya bermula pada bulan Jun, jadi kita masih ada masa yang mencukupi untuk membuat pertimbangan sewajarnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau enggan menetapkan sebarang garis masa khusus bagi pengumuman rasmi bagi mengelakkan spekulasi.

“Saya tidak boleh sebut waktu, nanti orang akan tertumpu pada tarikh itu. Kita ikut proses, dan bila selesai nanti kita maklumkan,” katanya.

Jawatan Ketua Pembangkang merupakan peranan penting dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, khususnya bagi mengetuai blok pembangkang dalam menyemak dan mengimbangi dasar kerajaan.

Kekosongan atau kelewatan pelantikan jawatan itu sering menjadi perhatian kerana ia mencerminkan kesepakatan dalaman sesebuah gabungan politik.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut memaklumkan pelantikan tersebut masih belum diputuskan dan akan dibincangkan secara menyeluruh oleh semua parti dalam PN.

Beliau juga menegaska tempoh masa masih panjang memandangkan sidang Parlimen hanya dijadualkan berlangsung pada Jun depan.

Perkembangan ini dilihat sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula kepimpinan pembangkang selepas dinamika politik semasa, dengan keputusan akhir dijangka memberi gambaran jelas tentang hala tuju PN dalam menghadapi sesi Parlimen akan datang.

Berita berkaitan
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
April 5, 2026· Politik
PN tangguh umum Ketua Pembangkang baharu: Hadi
April 3, 2026· Politik
Takiyuddin dakwa ada bukti MIC mohon sertai PN
March 28, 2026· Politik
Tun Faisal jawab kritikan Wan Fayhsal ‘penjilat’ Hamzah
March 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026 · Politik
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
April 5, 2026 · Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
4 jam lalu · Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
4 jam lalu · Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok