Sanusi tak tolak kemungkinan ADUN tunggal PN sokong kerajaan GRS

December 2, 2025 · Politik

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor, tidak menolak kemungkinan wakil rakyat gabungan itu di Sabah, Aliakbar Gulasan, akan terus menyokong kerajaan negeri pimpinan Hajiji Md Noor.

Menurut Sanusi, Aliakbar pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada penggal yang lepas.

“Sebelum ini beliau berada dalam kerajaan GRS, tapi sekarang belum tahu lagi. Mungkin ada (kerjasama), mungkin belum,” katanya seperti dilapor Perhubungan PAS Kedah.

Kenyataan itu dibuat selepas Aliakbar memenangi pertembungan 11 penjuru di DUN Karambunai, meraih 7,054 undi dan mengatasi calon Warisan, GRS dan Barisan Nasional.

Menurut Sanusi, kemenangan di Kerusi DUN Karambunai itu membuktikan pendekatan PN di Sabah mendapat kepercayaan pengundi.

“Konteks Sabah tidak sama dengan Kedah. Masyarakat, budaya dan nilai-nilai di sana lain, jadi kita sesuaikan pendekatan mengikut keperluan setempat,” jelasnya.

Sebelum ini, Aliakbar yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah dilaporkan berkata akan berbincang dengan pimpinan tertinggi parti untuk menentukan jalan terbaik PN di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan PAS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad sama ada menyokong pentadbiran Hajiji atau berperanan sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
3 jam lalu· Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
21 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
22 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
23 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok