“Saya hanya dengar perintah Menteri KKDW bukan desakan AMK”

September 3, 2026 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak agar melepaskan jawatannya.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata kedudukannya sebagai Pengerusi MARA adalah atas amanah parti dan lantikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya memegang amanah untuk menjaga MARA yang lahir daripada rahim UMNO sendiri demi memperkasakan agenda pendidikan dan ekonomi Bumiputera. Saya hanya menurut perintah Menteri KKDW. Jika beliau minta saya berhenti, saya berhenti, tetapi bukan atas desakan AMK.

“Tindakan membangkitkan isu yang tiada kaitan, termasuk mengaitkan nama saya dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sedangkan nama saya langsung tidak pernah dipanggil atau disebut, hanyalah permainan persepsi jahat untuk merobek reputasi MARA,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahu beliau disiasat serta meletakkan jawatan berhubung isu Tabung Haji.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan politik luaran.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan Hospital MARA dikemukakan bertujuan melengkapkan ekosistem pendidikan dan keusahawanan perubatan Bumiputera, bukannya didorong oleh sentimen perkauman katanya.

Beliau berkata projek itu disifatkan wajar memandangkan MARA telah melahirkan puluhan ribu pakar perubatan, doktor dan jururawat menerusi institusi pendidikan di bawahnya seperti Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) di Ipoh, Perak.

“MARA sudah ada ekosistem yang lengkap dalam sektor kesihatan merangkumi pengajian kedoktoran, sains biomedikal, penyelenggaraan instrumen kesihatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), hinggalah kepada rangkaian U.n.i Klinik dan Farmasi.

“Sudah tiba masanya MARA mempunyai hospital sendiri sebagai tempat latihan klinikal penuntut serta hospital perkhidmatan. Lagipun perkhidmatan hospital ini adalah untuk semua rakyat tanpa mengira kaum kerana etika doktor tidak pernah membeza-bezakan pesakit,” katanya.

Asyraf Wajdi memaklumkan satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Dr Mahzan Teh telah ditubuhkan bagi menilai dan mengkaji kebolehlaksanaan projek berkenaan secara menyeluruh.

Berita berkaitan
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
October 26, 2026· Politik
AMK: PAS utamakan UMNO demi kuasa, ketepikan rakan sendiri
October 19, 2026· Politik
AMK Negeri Sembilan dakwa UMNO-BN gagal bawa kestabilan, kemelut berpanjangan
October 16, 2026· Politik
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
October 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
10 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
19 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok