Saya ‘salute’ PDRM, PMX puji kecekapan semasa Sidang Asean

June 13, 2025 · Isu semasa

Penghargaan diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberikan khidmat yang terbaik dan mengkagumkan semasa Sidang Asean yang berlangsung baru-baru ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi pujian kepada pasukan keselamatan negara semasa mengendalikan Sidang Asean baru-baru ini dan membidas segelintir pihak yang tidak menghargai hanya tahu mengkritik sahaja.

“Saya salute (tabik) Polis Diraja Malaysia, tetapi kadang-kadang rakyat termasuk kelompok bebal ini, dia tidak peduli, dia anggap ini biasa kerana kerja polis. Itu tak betul.

“Pasukan keselamatan China anggap ini antara persiapan dan kecekapan polis yang paling mengagumkan.

“Tuanku Sultan Brunei sebut kepada saya, berpuluh tahun Baginda hadir dalam Sidang Kemuncak ASEAN, ini antara pengurusan kecekapan termasuk keselamatan yang terbaik sepanjang ASEAN,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-90 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Beliau juga menafikan kerajaan dipimpinnya tidak berbuat apa-apa, malah sentiasa berusaha keras bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan dijaga dengan sebaik mungkin.

“Ini yang cuba ditangani oleh Kerajaan Madani. (Tapi) kita berdepan dengan suara-suara kencang yang negatif terus, bahawa seolah-olah kita ini bercuti dan tidak berbuat apa-apa kerja, termasuk (mengecam) polis tidak menjalankan tugas dengan profesional.

“Jika ada satu dua kes daripada ratus ribu, itulah yang dibesarkan seolah-olah gagal semuanya… ini penyakit kelompok bebal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata kerajaan bersetuju menganugerahkan beberapa projek kepada syarikat di bawah kendalian Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDMB) bagi membolehkan mereka menambah hasil, sekali gus memulangkan manfaat dividen lebih baik kepada lebih 100,000 anggota dan pegawai polis.

“Satu projek yang diberi ini manfaatnya kepada 100,000 orang (anggota dan pegawai polis), munasabahlah. Daripada kita beri suntikan geran kewangan, baik bagi projek, yang penting kos munasabah, cepat siap dan efisien.

“Untuk tahun ini, kita boleh luluskan dua atau tiga projek untuk dijalankan koperasi. Dengan pesanan pengurusannya mesti ‘top class’. Kita sudah lihat berapa banyak syarikat dan koperasi yang melingkup. Beberapa banyak agensi kerajaan yang terpaksa tampung terus dan syarikat besar (bantu).

“Kerana ini salah pengurusan. Jangan lupa, bila diangkat dia lupa, belanja seolah-olah harta mak bapak dia. Kemudian pertama fikir elaun, kepentingan dia. Jadi sampai bila, tak nak fikir yang di bawah. Sebab itu orientasi kita bila sebut amanah, mesti bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) sedia berunding untuk cadangan memansuhkan hutang lapuk Kolej UNIKOP Cyberjaya, bagi Tahun 2024, namun berpandangan ia wajar dipertimbang dengan pemberian potongan yang munasabah.

“Hutang untuk lupus. Baik.. kita boleh runding, tengok bagaimana. Saya tidak fikir wajar kita lupus semua (hutang), tapi saya fikir berdasarkan prestasi polis yang baik sekarang, kita berikan potongan munasabah.

“Tapi lebih penting daripada itu, koperasi berikan laporan kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan saya. Saya akan perhatikan bagaimana kita boleh kerja dan saya beri arahan kepada MKII (Menteri Kewangan II) dan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) mencari jalan lain yang boleh kita berikan untuk memastikan keuntungan diperoleh koperasi itu diberi manfaat kepada ramai yang menjadi anggota,” katanya.

Turut sama hadir dalam program, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Razaruddin Husain.

Berita berkaitan
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
4 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu· Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
16 jam lalu· Politik
BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan, nafi pertemuan dengan PN: Zahid
July 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
8 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok