Saya tiada apa nak sorok dalam siasatan RM1.1 bilion: Rafizi

14 jam lalu · Politik

Rafizi Ramli menegaskan tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan projek pelaburan kerajaan bernilai RM1.1 bilion yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Pandan itu berkata akan menghormati proses siasatan, namun tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.

“Saya tak boleh nak komen sebenarnya, tapi soal siasat ini biasa, ikut proses dan garis masa. Saya ‘nothing to hide’,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat SPRM, hari ini.

Terdahulu, Rafizi tiba sekitar jam 9.30 pagi untuk menyambung rakaman keterangan bagi kali kedua. Beliau dilihat tiba dengan kenderaan utiliti sukan berwarna gelap, berpakaian kemeja putih dan sut hitam.

Mengulas pengalaman disoal siasat sebelum ini, beliau menyifatkan proses tersebut berjalan lancar.

“Layanan semua tak ada masalah, memang prosesnya begitu. Setakat ini siasatan bukan tentang rasuah atau wang, lebih kepada prosedur. Rekod semua ada dalam sistem kerajaan,” jelasnya.

Siasatan ini dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang memberi fokus kepada kemungkinan salah guna kuasa dalam proses membuat keputusan berkaitan projek.

Sebelum ini, pembantu beliau, Chai Jin Shern atau James Chai, turut dipanggil memberi keterangan selama tiga hari berturut-turut.

Menurut pihak SPRM, setakat ini sebanyak 22 individu telah dirakam keterangan, termasuk beberapa menteri dan pegawai kanan agensi kerajaan.

Siasatan bermula pada Februari 2025 selepas aduan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa projek tersebut diluluskan secara tergesa-gesa dan berat sebelah.

Berita berkaitan
Proses ambil keterangan Rafizi bersambung lagi pada hari ketiga: SPRM
1 jam lalu· Politik
Krisis NS: AMK bidas usaha UMNO bawa usul tidak percaya terhadap MB
May 3, 2026· Politik
Zahid serah isu DNAA kepada peguam
May 3, 2026· Politik
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
May 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Loke nafi tuduhan dana, sifatkan Chegubard buat fitnah besar
1 jam lalu · Politik
UMNO-PH capai kata sepakat kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Pesta air: Akmal bidas Guan Eng patut malu sokong acara disko jalanan
10 jam lalu · Politik
PH-UMNO bertemu petang ini rungkai kemelut Negeri Sembilan: Saifuddin Nasution
10 jam lalu · Politik
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok