Pesta air: Akmal bidas Guan Eng patut malu sokong acara disko jalanan

9 jam lalu · Politik

Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Lim Guan Eng yang membandingkan budaya Malaysia dengan acara hiburan jalanan seperti festival air yang dianjurkan kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata Guan Eng yang juga Penasihat DAP itu tidak memahami perbezaan antara budaya tempatan dan acara hiburan moden yang bersifat komersial.

“Yang patut malu ni adalah kamu dan kumpulan kamu, yang tak tahu bezakan budaya Malaysia dengan disko jalanan yang kamu banggakan,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menyindir tahap kefahaman mereka.

Kenyataan itu merujuk kepada reaksi Guan Eng terhadap kritikan beberapa pihak terhadap Rain Rave Water Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini di bawah kendalian Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.

Sebelum ini, Guan Eng menyatakan parti seperti Barisan Nasional, UMNO, Perikatan Nasional dan PAS tidak wajar menentang festival tersebut, malah menyifatkan kritikan itu sebagai cubaan memecahbelahkan masyarakat.

Beliau turut menegaskan festival selama tiga hari itu berjaya menarik kira-kira 180,000 pengunjung serta menjana sehingga RM200 juta hasil pelancongan. “

Tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang festival itu, semuanya berjalan dengan selamat dan meriah,” katanya, sambil menambah pulangan ekonomi tersebut memberi manfaat kepada peniaga kecil serta meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Guan Eng juga memuji Menteri Pelancongan, Tiong King Sing atas ketegasan meneruskan program pelancongan walaupun berdepan kritikan.

Menurutnya, kejayaan sektor pelancongan yang mencapai ratusan bilion ringgit dan puluhan juta pelawat sebelum ini membuktikan pendekatan tersebut berkesan.

Isu ini mencetuskan perdebatan lebih luas mengenai keseimbangan antara pemeliharaan budaya tempatan dan usaha merancakkan industri pelancongan negara, khususnya menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Berita berkaitan
Loke nafi tuduhan dana, sifatkan Chegubard buat fitnah besar
May 5, 2026· Politik
UMNO-PH capai kata sepakat kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan
May 5, 2026· Politik
DAP sifatkan Festival Bukit Bintang berjaya bantu peniaga kecil: Guan Eng
9 jam lalu· Isu semasa
PH-UMNO bertemu petang ini rungkai kemelut Negeri Sembilan: Saifuddin Nasution
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Proses ambil keterangan Rafizi bersambung lagi pada hari ketiga: SPRM
May 5, 2026 · Politik
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
10 jam lalu · Politik
UMNO kekal bersama kerajaan Negeri Sembilan, tak jadi pembangkang: Zahid
10 jam lalu · Politik
PH dan UMNO bertemu malam ini bincang isu MB Negeri Sembilan: Laporan
13 jam lalu · Politik
Saya tiada apa nak sorok dalam siasatan RM1.1 bilion: Rafizi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok