Rafizi Ramli.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan rakaman keterangan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bagi hari ketiga esok dalam siasatan melibatkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
Siasatan itu tertumpu kepada perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan ARM Limited dari United Kingdom.
Kes berkenaan menarik perhatian ramai memandangkan sektor semikonduktor merupakan antara fokus utama negara dalam usaha memperkukuh ekonomi berteknologi tinggi.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar memaklumkan rakaman keterangan hari kedua selesai sekitar jam 7 petang selepas hampir sembilan jam berlangsung di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Rafizi telah tiba sekitar jam 10 pagi dan proses rakaman berjalan lancar. Ia akan disambung semula untuk hari ketiga esok, dijangka pada sebelah petang,” katanya.
Menurut sumber, sesi soal siasat yang panjang itu bertujuan memperincikan keputusan pelaburan serta proses rundingan yang membawa kepada pemeteraian perjanjian berkenaan.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan seramai 22 individu telah dirakam keterangan sejak siasatan dibuka pada 13 Februari 2025. Mereka termasuk beberapa menteri, pegawai kanan kerajaan serta individu berkaitan projek tersebut.
Turut dipanggil memberi keterangan ialah bekas pegawai kepada Rafizi, Chai Jin Shern, yang disoal siasat selama tiga hari berturut-turut bermula 28 April lalu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi