Sektor kewangan sekat cubaan penipuan RM1.9 bilion dalam tempoh enam bulan: Bernama

October 6, 2026 · Isu semasa

Sektor kewangan berjaya menghalang cubaan transaksi penipuan bernilai kira-kira RM1.9 bilion pada separuh pertama 2026, melebihi daripada jumlah RM1.2 bilion yang disekat sepanjang 2025.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour berkata, dalam pada itu aset bernilai lebih RM37 bilion turut berjaya diperoleh semula dalam tempoh lima tahun lepas.

“Kes jenayah kewangan yang berprofil tinggi dan kompleks turut disiasat dan didakwa, termasuk kes yang membabitkan pelbagai agensi. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan usaha bersama seluruh negara,” katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2026 hari ini.

Beliau berkata, sudah 25 tahun Malaysia menggubal Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terlarang dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Sepanjang suku abad yang lalu, kita telah mengubah rangka kerja Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) yang dahulunya bersifat tradisional kepada rejim menyeluruh yang membanteras semua bentuk jenayah kewangan,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, kemajuan itu telah dibina berasaskan tiga elemen penting, terutamanya undang-undang yang lebih kukuh, institusi yang lebih mantap dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai risiko serta pendekatan penyeliaan.

Sehubungan itu katanya, usaha itu secara kolektif telah memperkukuh rejim AML, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Pencegahan Proliferasi Pembiayaan Malaysia yang membawa kepada pengiktirafan positif dalam Penilaian Bersama 2025.

Dalam pada itu, Gabenor BNM menekankan bahawa kira-kira 95 peratus kes penipuan dalam talian melibatkan mangsa yang diperdaya untuk memindahkan wang sendiri.

Selain itu, ejen kecerdasan buatan (AI) juga boleh digunakan untuk menjalankan kempen penipuan, mengenal pasti kelemahan dan memperhebat serangan siber.

“Interpol menganggarkan penipuan yang menggunakan teknologi AI menjana keuntungan 4.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kaedah tradisional, sekali gus membolehkan penjenayah bertindak lebih pantas, menjangkaui lebih banyak sasaran dan mengakibatkan kemudaratan yang lebih besar,” kata beliau.

Beliau berkata perkembangan itu telah mencetuskan ‘perlumbaan senjata’ yang bermaksud persaingan sengit dalam usaha menentang penjenayah.

“Jadi, apabila mereka mengautomasikan penipuan, kita mesti mengautomasikan pengesanan. Apabila mereka memanfaatkan kepantasan dan skala, kita mesti lebih tangkas untuk mengenal pasti, menyekat dan mencegah aktiviti haram,” tambah beliau.

Berita berkaitan
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
October 10, 2026· Isu semasa
Lelaki rugi RM12.47 juta, aset kripto lesap
October 10, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan awal persekolahan naik RM200 untuk setiap murid
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
14 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
15 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
15 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
15 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok