Sekumpulan pelabur lapor SPRM terhadap ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ tipu RM66 juta

October 9, 2025 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa menjadi dalang di sebalik sebuah skim pelaburan yang menipu 11 pelabur, termasuk seorang warganegara British, menyebabkan kerugian mencecah RM66 juta.

Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh mangsa-mangsa yang diwakili oleh Kumpulan Tindakan MaPeR.

Pengerusi MaPeR, Shah Abdul Malek, mendedahkan skim penipuan itu dipercayai sudah beroperasi sejak 2018 melalui beberapa syarikat yang menjalankan skim ‘ponzi’ dengan anggaran jumlah kerugian keseluruhan melibatkan ratusan mangsa lain boleh mencecah lebih RM300 juta.

“Ramai mangsa telah diperdaya melalui ejen-ejen ahli perniagaan itu yang menyamar sebagai petugas bank.

“Mereka menawarkan skim pelaburan runcit yang kononnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta ‘dijamin’ oleh insurans,” jelas Shah pada satu sidang media.

“Ada juga yang tertipu kerana beberapa ahli perniagaan ternama bergelar Tan Sri dikaitkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat terbabit,” tambahnya.

Menurut Shah, MaPeR mula memperjuangkan nasib mangsa pada 2023, dan merancang untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan penipuan oleh ahli perniagaan terbabit dan sindiketnya.

“Kami juga menggesa mana-mana mangsa lain agar tampil ke hadapan untuk membantu membongkar kegiatan tidak bermoral ini,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SPRM yang telah menahan reman ahli perniagaan itu pada Julai lalu dan menyita aset bernilai RM620 juta.

Sementara itu, pelabur dari Britain, Lee Rodger Meiklejohn, berkongsi pengalamannya kehilangan £10 juta (RM60 juta) selepas melabur melalui seorang broker di Edinburgh, Scotland, antara Oktober 2010 dan April 2011 yang memperkenalkannya kepada ahli perniagaan berkenaan.

Satu laporan polis telah dibuat olehnya pada 6 Nov 2023.

Berita berkaitan
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
7 jam lalu· Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
April 14, 2026· Isu semasa
Perbicaraan kes Vivy Yusof dan suami ditunda ke Julai
April 13, 2026· Isu semasa
Jejak RM203 juta: Dana skandal saham dikesan ke luar negara
April 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
8 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok