Semangat patriotik rakyat catat tahap tinggi, perpaduan rakyat kekal kukuh: Fahmi

November 6, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu program-program sempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang berjaya mencatatkan tahap keberkesanan yang amat membanggakan, iaitu pada 91 peratus.

Berikutan satu kajian oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang melibatkan lebih 5,000 responden, Fahmi berkata dapatan itu jelas membuktikan kejayaan usaha memupuk semangat kenegaraan dan jati diri dalam kalangan rakyat.

“Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program kenegaraan dan patriotik berada pada tahap tinggi iaitu 91%. Dapatan ini adalah selari dengan objektif memperkukuh semangat kenegaraan serta jati diri rakyat Malaysia,” jelas Fahmi di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memaklumkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di Putrajaya disambut meriah dengan kehadiran melebihi 100,000 pengunjung.

“Saya dapati ada juga yang berkhemah dan bermalam sehari lebih awal bersama ahli keluarga masing-masing sebagai sokongan terhadap sambutan ini,” ujarnya.

Mengakui semangat patriotik tidak boleh disemadi hanya pada bulan tertentu, Fahmi menekankan pendekatan ‘Patriotisme Sepanjang Tahun’ akan dipergiat.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui program-program berterusan seperti ‘Info on Wheels’ yang turun ke akar umbi, ‘Kembara Merdeka Jalur Gemilang’ yang dijadikan aktiviti komuniti, serta pengisian patriotik di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Kementerian Komunikasi berpendirian bahawa semangat patriotisme tidak seharusnya diamalkan hanya pada waktu-waktu tertentu. Sebaliknya, nilai cinta akan negara perlu diterapkan secara berterusan,” tegasnya.

Usaha membangunkan kandungan digital patriotik seperti video pendek dan dokumentari turut dipergiat bagi memastikan mesej cinta akan negara sampai kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan belia.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu· Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
22 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
September 4, 2026· Politik
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok